Jawatan Kosong
Buat Resume +Submit Job

05 April 2026

Pengambilan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Gred 1

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP)

Pengambilan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Gred 1

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP)

Presint 1, W.P Putrajaya

Email: xxxxxxxxxxx@gmail.com

Gaji: RM 1,500.00 - RM 4,680.00 sebulan

Taraf Jawatan: Kontrak

Tarikh Iklan: 5 April 2026

Tarikh Tutup: 17 April 2026 (Jumaat)

Iklan jawatan kosong terkini di Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) 2026. Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) mempelawa Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan lantikan secara Kontrak (Interim) bagi mengisi kekosongan di Semenanjung Tahun 2026, jawatan sebagaimana berikut.


1. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N1

2. Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W1

3. Pembantu Pengurusan Murid Gred N1

4. Pembantu Makmal Gred C1

5. Pembantu Khidmat Am Gred H1


Tarikh tutup permohonan 17 April 2026 (Jumaat).

Lokasi penempatan : SPP Semenjung Malaysia.

Sektor : Badan Berkanun.


Peringatan

1. Pemohon diingatkan untuk membaca terlebih dahulu Panduan Pengguna mySPP dan memastikan maklumat yang diisi/ dikemas kini dalam mySPP adalah tepat. Sebarang kesilapan dalam mengisi atau mengemas kini maklumat akan menjejaskan peluang untuk dipanggil temu duga.

2. Hanya pemohon yang memenuhi syarat dan melepasi tapisan sahaja akan dipertimbangkan untuk panggilan temu duga.


Cara Memohon

1. Pemohon yang berminat perlu mengemukakan permohonan atau pengemaskinian secara dalam talian melalui sistem mySPP. Sila kepautan permohonan jawatan di bawah.

2. Pemohon adalah diingatkan untuk meneliti syarat-syarat/maklumat berkaitan jawatan sebelum membuat sebarang permohonan atau pengemaskinian. 

3. Tarikh tutup permohonan adalah pada 17 April 2026 (Jumaat).

4. Pemohon diingatkan agar tidak membuat sebarang pengemaskinian data selepas tarikh tutup permohonan.