Soalan Lazim (FAQ)
Berikut ialah soalan yang paling kerap ditanya oleh pencari kerja di www.jawatan.co. Jika anda perlukan bantuan lanjut, sila hubungi kami melalui halaman Contact.
Bagaimana cara memohon jawatan kosong di jawatan.co?
Setiap iklan jawatan akan disertakan arahan “Cara Memohon” dan/atau butang seperti
Mohon Sekarang. Anda hanya perlu ikut langkah yang dinyatakan dan klik pautan rasmi yang disediakan.
Adakah jawatan.co portal rasmi kerajaan/jabatan?
Tidak. jawatan.co ialah portal rujukan yang menghimpunkan iklan jawatan daripada sumber rasmi/berautoriti
untuk memudahkan carian pengguna. Permohonan biasanya dibuat di portal rasmi majikan/jabatan (melalui pautan yang kami sertakan).
Bilakah tarikh tutup permohonan untuk sesuatu jawatan?
Tarikh tutup biasanya dipaparkan di dalam iklan (contoh: “Tarikh Tutup” / “Closing Date”).
Jika tiada dinyatakan, rujuk pautan rasmi majikan kerana sesetengah jawatan dibuka mengikut kuota/masa terhad.
Bagaimana membuat carian jawatan di website ini?
Gunakan fungsi carian (ikon search) dan masukkan kata kunci seperti “kerani”, “SPM”, “jurutera”, atau nama agensi.
Anda juga boleh semak senarai jawatan terkini di halaman utama dan buka iklan yang berkaitan.
Pautan permohonan tidak boleh dibuka / keluar error. Kenapa?
Antara sebab biasa:
- Permohonan sudah tamat atau kuota telah penuh.
- Laman rasmi terlalu sesak (traffic tinggi) dan sementara “down”.
- Pautan dikemas kini oleh pihak majikan (URL berubah).
- Masalah rangkaian internet / browser / ad-block.
Di mana pautan muat turun borang (jika ada)?
Jika permohonan memerlukan borang, pautan muat turun biasanya dinyatakan dalam iklan (bahagian “Cara Memohon”)
atau di portal rasmi majikan. Sila baca iklan sampai habis untuk elak terlepas maklumat penting.
Apa maksud “Softcopy” dan “Hardcopy”?
Softcopy ialah dokumen versi digital (PDF/Word) yang disimpan dalam telefon/komputer dan dihantar secara online.
Hardcopy ialah dokumen bercetak (print) untuk dihantar/serah secara fizikal.
Adakah jawatan.co mengenakan bayaran untuk permohonan?
Tidak. Kami tidak mengenakan sebarang bayaran kepada pencari kerja.
Amaran: Jika ada pihak meminta deposit/bayaran untuk proses permohonan, itu berkemungkinan penipuan.
Bagaimana saya tahu sesuatu iklan itu penipuan?
Antara tanda yang mencurigakan: minta bayaran, minta OTP/kata laluan, guna emel tidak rasmi,
“offer” terlalu cepat tanpa temuduga, atau minta maklumat bank.
Sentiasa semak kesahihan melalui laman rasmi majikan/agensi.
Saya majikan. Macam mana nak iklankan jawatan di jawatan.co?
Majikan boleh hantar maklumat jawatan melalui halaman:
Publish Job.
Pihak admin akan semak sebelum diterbitkan.