Jawatan Kosong
Buat Resume +Submit Job

Mengenai Kami

Tentang Kami

Laman portal iklan jawatan kosong Jawatan Kosong Malaysia (www.jawatan.co) merupakan sebuah platform yang memaparkan iklan jawatan kosong dari pelbagai sektor kerajaan, badan berkanun dan swasta di Malaysia.

Kami menerbitkan maklumat jawatan berdasarkan sumber rasmi daripada laman web asal majikan serta agensi berkaitan. Tujuan utama kami adalah untuk memudahkan pencari kerja menyemak dan mendapatkan maklumat jawatan kosong terkini tanpa perlu melayari pelbagai laman web yang berbeza.

Dengan pengalaman lebih daripada satu dekad dalam bidang perkongsian maklumat kerjaya, portal ini telah membantu lebih 100,000 pengguna dalam mendapatkan peluang pekerjaan yang sesuai.

Sejarah Penubuhan

Platform ini bermula seawal tahun 2009 melalui pelbagai domain yang bertapak di Blogger (blogspot.com). Sejak itu, kami terus berkembang dan memberi manfaat kepada ribuan pencari kerja di Malaysia.

Domain rasmi www.jawatan.co telah didaftarkan pada tahun 2024 sebagai langkah memperkukuhkan jenama dan meningkatkan pengalaman pengguna secara lebih profesional dan tersusun.

Misi & Visi Kami

Misi:
Menyediakan platform yang mudah, pantas dan dipercayai untuk pencari kerja mendapatkan maklumat jawatan terkini.

Visi:
Menjadi salah satu portal jawatan kosong paling dipercayai di Malaysia dengan maklumat yang tepat, tersusun dan berkualiti.

Laman Sosial Rasmi

Untuk mendapatkan notifikasi atau alert terkini setiap kali jawatan baru diterbitkan, anda boleh mengikuti saluran rasmi kami:

Komitmen Kami

Kami komited untuk memastikan setiap maklumat jawatan yang dipaparkan adalah jelas, mudah difahami dan membantu pencari kerja membuat keputusan dengan lebih yakin.

Kami juga mengamalkan prinsip ketelusan dan tidak mengenakan sebarang bayaran kepada pencari kerja.

Hubungi Kami

Sekiranya anda ingin mengiklankan jawatan kosong di laman ini atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami melalui emel:

jawatan.net[a]gmail.com