Jawatan Kosong
Buat Resume +Submit Job

18 April 2026

Jawatan Kosong Perbadanan Islam Johor (PIJ)

Perbadanan Islam Johor (PIJ)

Jawatan Kosong Perbadanan Islam Johor (PIJ)

Perbadanan Islam Johor (PIJ)

Johor Bahru, Johor

Email: xxxxxxxxxxx@gmail.com

Gaji: RM1,650.00 - RM11,110.00 / sebulan

Taraf Jawatan: Kontrak

Tarikh Iklan: 18 April 2026

Tarikh Tutup: 26 April 2026 (Ahad)

Iklan jawatan kosong terkini di Perbadanan Islam Johor (PIJ) 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Kontrak di Perbadanan Islam Johor (PIJ) sebagaimana berikut.


1. Pegawai Undang-Undang L9

2. Penolong Akauntan W5


Tarikh tutup permohonan 26 April 2026 (Ahad).

Lokasi penempatan : PIJ Johor.

Sektor : Badan Berkanun


Cara Memohon

1. Calon-calon yang berminat serta berkelayakan hendaklah membuat permohonan dengan menggunakan Borang Permohonan Jawatan Perbadanan Islam Johor - PIJ.01 yang boleh dimuat turun pada pautan borang permohonan di bawah (dikepilkan bersama-sama iklan dan syarat lantikan).

2. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan dengan sekeping gambar terkini berukuran pasport dan salinan dokumen-dokumen yang diakui sah sebagaimana berikut:

(i) Salinan Kad Pengenalan

(ii) Salinan Sijil Kelahiran

(iii) Salinan Sijil-Sijil Kelulusan

(iv) Salinan Sijil Berhenti Sekolah

(v) Lain-lain Sijil/Surat Akuan

*** Pegawai yang layak membuat pengesahan salinan dokumen adalah terdiri daripada pegawai yang berkhidmat dengan Jabatan Kerajaan termasuk Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan-Badan Berkanun dari Kumpulan Pengurusan & Profesional Gred 9 dan ke atas.

3. Permohonan daripada pegawai kerajaan yang sedang bekhidmat mestilah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan dan disertakan sekali salinan Kenyataan Buku Perkhidmatan Kerajaan bertaip yang terkini dan salinan Laporan Penilaian Prestasi tiga (3) tahun terkini.

4. Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar ke alamat seperti berikut:


PENGURUS BESAR

PERBADANAN ISLAM JOHOR

TINGKAT 3, BANGUNAN PIJ 

JALAN REBANA, KEBUN TEH

80250 JOHOR BAHRU


** Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon di sebelah kiri bahagian atas sampul surat.


Tarikh tutup permohonan adalah pada 26 April 2026 (Ahad).


Catatan Am

1. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.

2. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap sebagai TIDAK BERJAYA.

3. Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah tanggungjawab pemohon sendiri.

4. Permohonan akan ditolak sekiranya:

(i) Tidak menggunakan borang permohonan yang telah disediakan;

(ii) Tidak membuat pengesahan salinan dokumen-dokumen yang disertakan;

(iii) Tidak lengkap atau tidak terang tulisan;

(iv) Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan dalam iklan; dan

(v) Tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai yang sedang berkhidmat.