Jawatan Kosong
Buat Resume +Submit Job

16 April 2026

Pembantu Pertahanan Awam Gred KP1 (Sarawak)

Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA)

Pembantu Pertahanan Awam Gred KP1 (Sarawak)

Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA)

Kuching, Sarawak

Email: xxxxxxxxxxx@gmail.com

Gaji: RM1,500.00 - RM4,680.00 / sebulan

Taraf Jawatan: Tetap

Tarikh Iklan: 16 April 2026

Tarikh Tutup: 22 April 2026 (Rabu)

Iklan jawatan kosong terkini di Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Negeri Sabah seperti berikut.


1. Pembantu Pertahanan Awam Gred KP1

i) Sarawak - Kekosongan : 10 Simpanan : 30


Tarikh tutup permohonan 22 April 2026 (Rabu).

Lokasi penempatan : RELA Negeri Sarawak.

Sektor : Badan Berkanun


Jawatan : Pembantu Pertahanan Awam Gred KP1

Jadual Gaji Min - Maks : RM1,500.00 - RM4,680.00

Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00


Syarat Lantikan

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a. (i) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred KP1: RM1,500.00); atau

(ii) Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan

(Gaji permulaan ialah pada Gred KP1: RM1,500.00); atau

(iii) bekas anggota polis atau tentera yang sekurang- kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred KP1: RM1,500.00); atau

(iv) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred KP1: RM1,561.00); atau

(v) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred KP1: RM1,622.00).

dan

 b. mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:

  • tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
  • berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
  • mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  • mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
  • lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
  • pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  • diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.


Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan dengan kelayakan 1(a)(i), 1(a)(ii), 1(a)(iv) dan 1(a)(v) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Cara Memohon

Calon yang berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan hendaklah memohon secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9), sila klik pada pautan permohonan jawatan yang diberikan di bawah. Calon yang telah mendaftar permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan. Walaubagaimanapun, calon perlu memastikan pusat temuduga terdekat dikemaskini pada atau sebelum tarikh tutup iklan. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan sahaja akan diproses. Tarikh tutup permohonan bagi urusan pengambilan ini adalah sebelum atau pada 22 April 2026 (Rabu), jam 11.59 malam.