Jawatan Kosong
Buat Resume +Submit Job

19 April 2026

Pembantu Khidmat Am Gred H1 (Pemanduan) - Semenanjung

Pelbagai Kementerian / Jabatan (Semenanjung)

Pembantu Khidmat Am Gred H1 (Pemanduan) - Semenanjung

Pelbagai Kementerian / Jabatan (Semenanjung)

Presint 1, W.P Putrajaya

Email: xxxxxxxxxxx@gmail.com

Gaji: RM 1,500.00 - RM 4,680.00 sebulan

Taraf Jawatan: Tetap / Kontrak

Tarikh Iklan: 16 April 2026

Tarikh Tutup: 27 April 2026 (Isnin)

Iklan jawatan kosong terkini di Pelbagai Kementerian / Jabatan (Semenanjung Malaysia) 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Tetap / Kontrak (Interim) di Pelbagai Kementerian / Jabatan Semenanjung Malaysia sebagaimana berikut.


1. Pembantu Khidmat Am Gred H1 (Pemanduan)

Kekosongan : 965 Simpanan : 1500


Tarikh tutup permohonan 27 April 2026 (Isnin).

Lokasi penempatan : Pelbagai Kementerian / Jabatan Semenanjung Malaysia.

Sektor : Kerajaan / Badan Berkanun


Jawatan : Pembantu Khidmat Am Gred H1 (Pemanduan)

Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana

Taraf Jawatan : Tetap (Pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan), Kontrak (Interim) untuk calon lantikan baharu selama tiga (3) tahun.

Jadual Gaji Min - Maks : RM1,500.00 - RM4,680.00

Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00


Syarat Lantikan

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(i) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

(Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,500.00); atau

(ii) Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,500.00); atau

 (iii) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,561.00); atau

(iv) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,622.00).

dan

(v) Untuk syarat-syarat tambahan (Pemanduan) sila kepautan Syarat Kelayakan di bawah.


Cara Memohon

Calon yang berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan hendaklah memohon secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9)/ SPA8, sila klik pada pautan permohonan jawatan yang diberikan di bawah. Calon yang telah mendaftar permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan. Walaubagaimanapun, calon perlu memastikan pusat temuduga terdekat dikemaskini pada atau sebelum tarikh tutup iklan. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan sahaja akan diproses. Tarikh tutup permohonan bagi urusan pengambilan ini adalah sebelum atau pada 27 April 2026 (Isnin), jam 11.59 malam.