Jawatan Kosong
Buat Resume +Submit Job

19 April 2026

Jawatan Kosong Majlis Daerah Sik 2026

Majlis Daerah Sik

Jawatan Kosong Majlis Daerah Sik 2026

Majlis Daerah Sik

Sik, Kedah

Email: xxxxxxxxxxx@gmail.com

Gaji: RM1,650.00 - RM6,620.00 / sebulan

Taraf Jawatan: Kontrak

Tarikh Iklan: 19 April 2026

Tarikh Tutup: 28 April 2026 (Selasa)

Iklan jawatan kosong terkini di Majlis Daerah Sik (MDSik) 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia keutamaan diberikan kepada rakyat negeri Kedah berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Kontrak di Majlis Daerah Sik (MDSik) sebagaimana berikut.


1. Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred JA5


Tarikh tutup permohonan 28 April 2026 (Selasa).

Lokasi penempatan : MD Sik Kedah.

Sektor : Badan Berkanun


Jawatan : Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred JA5

Taraf Jawatan : Kontrak

Kekosongan : Satu (1)

Jadual Gaji Min - Maks : RM1,650.00 - RM6,620.00

Kenaikan Gaji Tahunan : RM145.00


Syarat Lantikan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) (i) Sijil dalam bidang Perancangan Bandar dan Wilayah yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. atau

(ii) Diploma Perancangan Bandar dan Wilayah yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. dan

(iii) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Cara Memohon

1. Calon-calon yang berminat serta berkelayakan hendaklah membuat permohonan dengan menggunakan Borang Permohonan Jawatan MD Sik yang boleh didapati di kaunter Bayaran, Majlis Daerah Sik pada waktu pejabat dengan bayaran wang proses RM5.00.

2. Permohonan hendaklah disertakan bersama salinan Sijil Kelahiran, Kad Pengenalan, Sijil Persekolahan, Sijil Berhenti Sekolah dan dokumen yang berkaitan serta sekeping gambar berukuran pasport. (Salinan sijil-sijil perlu mendapat pengesahan terlebih dahulu oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A Gred 9 dan ke atas (Kumpulan Pengurusan dan Profesional)/Pengetua Sekolah Menengah/Penghulu Mukim).

3. Permohonan daripada Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab ‘A’ 21 dan pastikan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan terkini disertakan bersama.

4. Permohonan berikut akan DITOLAK

i) tidak disertakan dokumen yang diperlukan ;

ii) tidak lengkap dan tidak terang;

iii) borang tidak ditandatangani ; dan

iv) tidak disertakan gambar.

5. Permohonan ini hanya sah selama 1 tahun dari tarikh iklan.

6. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 22sm. X 32sm. Disudut atas sebelah kiri sampul surat hendaklah ditulis jawatan yang dimohon.

7. Alamatkan permohonan kepada:


YANG DIPERTUA

MAJLIS DAERAH SIK

08200 SIK

KEDAH DARUL AMAN


Tarikh tutup permohonan adalah pada 28 April 2026 (Selasa).


Catatan Am

a) Hanya calon-calon yang layak dan disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk ditemuduga.