Jawatan Kosong
Buat Resume +Submit Job

07 April 2026

Jawatan Kosong Majlis Daerah Machang (MD Machang)

Majlis Daerah Machang (MD Machang)

Jawatan Kosong Majlis Daerah Machang (MD Machang)

Majlis Daerah Machang (MD Machang)

Machang, Kelantan

Email: xxxxxxxxxxx@gmail.com

Gaji: RM1,500.00 - RM4,680.00 / sebulan

Taraf Jawatan: Kontrak

Tarikh Iklan: 7 April 2026

Tarikh Tutup: 19 April 2026 (Ahad)

Iklan jawatan kosong terkini di Majlis Daerah Machang (MD Machang) 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia keutamaan di berikan kepada rakyat negeri Kelantan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan lantikan Kontrak di Majlis Daerah Machang sebagaimana berikut.


1. Pembantu Penilaian Gred W1

2. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N1

3. Pembantu Khidmat Am (Pemanduan) Gred H1


Tarikh tutup permohonan 19 April 2026 (Ahad).

Lokasi penempatan : MD Machang, Kelantan.

Sektor : Badan Berkanun


Cara Memohon

1. Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan MDM. 1 berharga RM3.00 setiap satu. Borang Permohonan Jawatan akan dikeluarkan mulai dari 5 April 2026 sehingga 19 April 2026 (8.00 pagi – 4.00 petang).

2. Sila muat turun Syarat Kelayakan pada pautan yang diberikan di bawah sebelum membuat sebarang permohonan.

3. Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran Pasport, Salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, dan Sijil-sijil Akademik Persekolahan atau Dokumen/testimonial yang berkaitan yang telah disahkan oleh Pegawai Kumpulan A. Borang permohonan hendaklah ditulis nama jawatan di sebelah atas kiri.

4. Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar ke alamat berikut :


Yang Dipertua,

Majlis Daerah Machang,

Jalan Tok Kemuning,

18500 Machang, Kelantan.


Tarikh tutup permohonan adalah pada 19 April 2026 (Ahad).


5. Permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat tidak akan dilayan.

6. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga

7. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup dianggap permohonan tidak berjaya.