Jawatan Kosong
Buat Resume +Submit Job

14 April 2026

Jawatan Kosong Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP)

Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP)

Jawatan Kosong Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP)

Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP)

Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Email: xxxxxxxxxxx@gmail.com

Gaji: RM1,500.00 - RM6,620.00 / sebulan

Taraf Jawatan: Kontrak

Tarikh Iklan: 14 April 2026

Tarikh Tutup: 27 April 2026 (Isnin)

Iklan jawatan kosong terkini di Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia keutamaan diberikan kepada rakyat Negeri Sembilan berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Kontrak - Contract For Srvice (CFS) di Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) sebagaimana berikut.


1) Penolong Arkitek Lanskap JA5

2) Penolong Pegawai Undang-Undang L5

3) Pembantu Juruaudit W1

4) Juruteknik Komputer FT1

5) Pembantu Penilaian W1

6) Pembantu Penguatkuasa KP1

7) Pembantu Khidmat Am H1


Tarikh tutup permohonan 27 April 2026 (Isnin).

Lokasi penempatan : MDKP Negeri Sembilan.

Sektor : Badan Berkanun


Cara Memohon

1. Permohonan hendaklah menggunakan BORANG PERMOHONAN JAWATAN DALAM PERKHIDMATAN MDKP yang boleh dimuat turun pada pautan borang permohonan di bawah.

2. Permohonan daripada pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing dan pastikan kenyataan perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan yang terkini disertakan bersama seperti di jelaskan di dalam PU (A)176/2005.

3. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil yang diakui sah oleh mereka yang berkelayakan seperti Pegawai Kerajaan Kumpulan A (Pengurusan dan Profesional), Pegawai Kumpulan Sokongan 1, Penghulu, Jaksa Pendamai, Pesuruhjaya Sumpah, Pengerusi Jawatan Kuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan setaraf dengannya beserta gambar berukuran passport yang dialamatkan kepada:


YANG DIPERTUA

MAJLIS DAERAH KUALA PILAH

72009 KUALA PILAH

NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS


Tarikh tutup permohonan adalah pada 27 April 2026 (Isnin).


4. Sila nyatakan jawatan yang dipohon di kiri sebelah atas sampul surat semasa memohon. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan dokumen-dokumen seperti berikut:-

a. Resume

b. Satu Salinan MyKad / Kad Pengenalan diri;

c. Satu Salinan Sijil Kelahiran / Surat Beranak;

d. Satu Salinan Diploma/Sijil yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

e. Satu Salinan SPM/SPMV/SVM atau setaraf

f. Satu Salinan Sijil Berhenti Sekolah

g. Satu (1) keping gambar terbaru berukuran pasport;

h. Salinan Sijil-Sijil Pengiktirafan dan dokumen-dokumen sokongan yang lain (jika ada)

5. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga dengan setiap keputusan temu duga adalah muktamad.

6. Segala perbelanjaan kerana menghadiri temu duga adalah ditanggung oleh calon sendiri.

7. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 1 tahun dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.

8. Borang yang tidak lengkap seperti TIADA tandatangan, TIADA pengesahan (salinan diakui sah) dan TIADA gambar akan DITOLAK.