Jawatan Kosong
Buat Resume +Submit Job

07 April 2026

Jawatan Kosong USAS - Pensyarah Gred DS45

Universiti Sultan Azlan Shah (USAS)

Jawatan Kosong USAS - Pensyarah Gred DS45

Universiti Sultan Azlan Shah (USAS)

Kuala Kangsar, Perak

Email: xxxxxxxxxxx@gmail.com

Gaji: RM2,800.00 - RM12,150.00 / sebulan

Taraf Jawatan: Kontrak

Tarikh Iklan: 7 April 2026

Tarikh Tutup: 15 April 2026 (Rabu)

Iklan jawatan kosong terkini di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan lantikan Kontrak Khas di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) sebagaimana berikut.


1. Pensyarah Gred DS45


Tarikh tutup permohonan 15 April 2026 (Rabu).

Lokasi penempatan : USAS Perak.

Sektor : Badan Berkanun


Jawatan : Pensyarah, Gred DS45

Taraf Jawatan : Kontrak Khas

Kadar Upah : RM 2,800.00 sebulan


Jabatan / Fakulti - Bidang

Jabatan Pengurusan, Fakulti Pengurusan dan Teknologi Makluma - Ekonomi


Syarat Kelayakan

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

i. Warganegara Malaysia.

ii. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf oleh kerajaan.

(a) Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan (jika ada) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

(b) Memperolehi PNGK sekurang-kurangnya 3.00 ke atas; dan

(c) Mempunyai pengalaman dalam bidang berkaitan.


Ringkasan Tugas

i. Menyampaikan kuliah.

ii. Menyediakan kertas soalan peperiksaan, skema jawapan dan memeriksa skrip jawapan peperiksaan.

iii. Menyediakan bahan pengajaran.

iv. Menyelia pelajar latihan industri / latihan ilmiah / kertas projek / tesis.

v. Menghadiri seminar / forum / konvensyen / bengkel / latihan.

vi. Menjalankan tugasan pentadbiran lain mengikut keperluan operasi fakulti dan universiti.

vii. Melaksanakan penyelidikan dan penerbitan.


Cara Memohon

a) Calon-calon boleh mengemukakan permohonan dengan menulis surat permohonan kepada:


Naib Canselor

Universiti Sultan Azlan Shah

Bukit Chandan

33000 Bandar DiRaja Kuala Kangsar

Perak Darul Ridzuan

(u.p: Jabatan Sumber Manusia dan Pentadbiran Am)

Tel : 05-6182800


b) Pemohon hendaklah menghantar permohonan secara bertulis berserta ‘curriculum vitae’ (c.v) lengkap yang mengandungi maklumat seperti berikut:

i. Butiran peribadi.

ii. Butiran untuk dihubungi.

iii. Kelayakan akademik.

iv. Pengalaman yang berkaitan.

v. Senarai penerbitan dan penyelidikan (sekiranya ada).

c) Permohonan yang telah lengkap mestilah disertakan dengan gambar berukuran pasport (tidak dikembalikan) serta salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut:-

i. Kad Pengenalan atau Pasport.

ii. Sijil Kelahiran.

iii. Sijil-sijil akademik yang berkenaan berserta transkrip.

(SPM atau setaraf, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah)

iv. Sijil-sijil atau dokumen lain yang berkaitan.

d) Tarikh tutup : 15 April 2026

e) Pemohon yang tidak menerima sebarang maklumbalas / jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup permohonan hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.