Jawatan Kosong
Buat Resume +Submit Job

07 April 2026

Jawatan Kosong Universiti Selangor (UNISEL) 2026

Universiti Selangor (UNISEL)

Jawatan Kosong Universiti Selangor (UNISEL) 2026

Universiti Selangor (UNISEL)

Bestari Jaya, Selangor

Email: xxxxxxxxxxx@gmail.com

Gaji: RM1,500.00 - RM11,110.00 / sebulan

Taraf Jawatan: Kontrak

Tarikh Iklan: 7 April 2026

Tarikh Tutup: 17 April 2026 (Jumaat)

Iklan jawatan kosong terkini di Universiti Selangor (UNISEL) 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan lantikan secara Kontrak di Universiti Selangor (UNISEL) sebagaimana berikut.


1. Penolong Bendahari Gred W41

2. Penolong Pegawai Kewangan Gred W27

3. Pembantu Juruteknik Gred J11


Tarikh tutup permohonan 17 April 2026 (Jumaat).

Lokasi penempatan : UNISEL Selangor.

Kampus : Bestari Jaya / Shah Alam

Sektor : Badan Berkanun


Cara Memohon

a) Calon yang berminat hendaklah mengemukakan Borang Permohonan (sila muat turun pada pautan Borang Permohonan di bawah) beserta gambar berukuran passport terkini, sijil-sijil yang telah disahkan dan Resume yang mengandungi maklumat berikut :

i. Maklumat peribadi termasuk nombor kad pengenalan, alamat surat menyurat, nombor telefon dan email untuk dihubungi;

ii. Maklumat pendidikan dan pengalaman kerja;

iii. Anugerah dan hadiah yang diterima di mana-mana peringkat;

iv. Sumbangan-sumbangan kepada komuniti masyarakat / penduduk setempat / kariah dan sebagainya.

b) Sila muat turun iklan dan syarat kelayakan pada pautan Syarat Kelayakan di bawah sebelum membuat sebarang permohonan.

c) Permohonan hendaklah dihantar terus ke alamat berikut :


Pengarah Pentadbiran & Sumber Manusia

Universiti Selangor, Jalan Timur Tambahan

Kampus Bestari Jaya

45600 Bestari Jaya

Selangor

Tel : 03-3280 5068 / 03-3280 5071


d) Sila tulis nama jawatan dipohon di bahagian atas sebelah kanan sampul surat.

e) Tarikh akhir penerimaan borang permohonan adalah pada atau sebelum 17 April 2026 (Jumaat).

f) Lain-lain:

i) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

ii) Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan pada tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

iii) Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.