Jawatan Kosong
Buat Resume +Submit Job

14 April 2026

Jawatan Kosong Penolong Pegawai Tanah Gred NT5

Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang

Jawatan Kosong Penolong Pegawai Tanah Gred NT5

Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang

Kuantan, Pahang

Email: xxxxxxxxxxx@gmail.com

Gaji: RM1,650.00 - RM6,620.00 / sebulan

Taraf Jawatan: Tetap

Tarikh Iklan: 14 April 2026

Tarikh Tutup: 17 April 2026 (Jumaat)

Iklan jawatan kosong terkini di Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia khususnya warga Negeri Pahang yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Kontrak di Unit Pembangunan Wilayah Ekonomi Pahang Barat Plus, Genting Highlands sebagaimana berikut.


1. Penolong Pegawai Tanah Gred NT5 (Kontrak)

Taraf Jawatan : Kontrak

Kekosongan : Satu (1)


Tarikh tutup permohonan 17 April 2026 (Rabu).

Lokasi penempatan : Pahang.

Sektor : Badan Berkanun


Syarat Kelayakan Minimun

1. Warganegara Malaysia;

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

i. Sijil dalam bidang Perancang Bandar dan Wilayah atau bidang berkaitan atau Sijil Ukur Tanah yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. ; atau

ii. Diploma dalam bidang berkaitan atau Diploma Ukur Tanah atau Diploma Perancangan Bandar dan Wilayah yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.; dan

3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Cara Memohon

1. Calon-calon yang berminat dan memenuhi kelayakan boleh mengemukakan surat permohonan beserta RESUME dan salinan sijil-sijil yang berkaitan bagi tujuan yang dipohon.

2. Sila kemukakan permohonan kepada:


Unit Pembangunan Organisasi,

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,

Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang,

Tingkat 2, Blok B, Wisma Sri Pahang,

25503 KUANTAN


Atau emel ke: pobpsm@pahang.gov.my


Permohonan hendaklah dibuat sebelum atau selewat-lewatnya pada 17 April 2026 (Rabu).


Catatan Am

1. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga.

2. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.