Jawatan Kosong
Buat Resume +Submit Job

18 April 2026

Jawatan Kosong MUIP April 2026

Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang

Jawatan Kosong MUIP April 2026

Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang

Pekan, Pahang

Email: xxxxxxxxxxx@gmail.com

Gaji: RM1,500.00 - RM6,620.00 / sebulan

Taraf Jawatan: Tetap / Kontrak

Tarikh Iklan: 18 April 2026

Tarikh Tutup: 30 April 2026 (Khamis)

Iklan jawatan kosong terkini di Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia keutamaan diberikan kepada rakyat negeri Pahang serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Tetap / Kontrak di Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) sebagaimana berikut.


1. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA5

2. Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S5

3. Penolong Akauntan W5

4. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N1

5. Pembantu Khidmat Am H1


Tarikh tutup permohonan 30 April 2026 (Khamis).

Lokasi penempatan : MUIP Pahang.

Sektor : Badan Berkanun


Syarat Umum

1. Warganegara Malaysia; dan

2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan.

3. Penaklukan di bawah Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan Dan Kemudahan-Kemudahan :-

(i) Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan yang berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat keatasnya dari semasa ke semasa.

(ii) Kemudahan seperti Cuti Rehat Tahunan, faedah rawatan perubatan, pinjaman, bantuan sara hidup (COLA) dan sebagainya tertakluk kepada peraturan Kerajaan yang sedang berkuatkuasa.

4. Untuk melihat syarat lantikan selanjutnya sila kepautan Syarat Kelayakan dibawah.


Cara Memohon

1. Calon-calon yang berminat serta berkelayakan hendaklah membuat permohonan jawatan dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan yang boleh dimuat turun pada pautan borang permohonan di bawah.

2. Semua permohonan hendaklah menyertakan SALINAN SIJIL YANG DISAHKAN mengikut kelayakan yang disyaratkan. Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan dengan menyertakan salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan terkini.

3. Pemohon hendaklah memastikan semua maklumat adalah tepat dan terkini sebelum permohonan dibuat.

4. Pemohon hendaklah menulis nama jawatan yang dipohon pada penjuru kiri atas sampul surat yang dihantar. Semua permohonan hendaklah dihantar kepada:


KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF,

MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG,

KOMPLEKS ISLAM SULTAN HAJI AHMAD SHAH (KISHAS),

26600 PEKAN,

PAHANG DARUL MAKMUR.


Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 April 2026 (Khamis).


Catatan Am

1. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

2. Permohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.

3. Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Puan Hadijah Binti Anuar / Encik Mohd Redzuan Bin Abdullah (Unit Pengurusan Sumber Manusia) Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang di talian 09-4221311 ext : 1056 /1025.