Jawatan Kosong
Buat Resume +Submit Job

08 April 2026

Jawatan Kosong MPHTJ April 2026

Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ)

Jawatan Kosong MPHTJ April 2026

Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ)

Ayer Keroh, Melaka

Email: xxxxxxxxxxx@gmail.com

Gaji: RM1,500.00 - RM11,110.00 / sebulan

Taraf Jawatan: Tetap / Kontrak

Tarikh Iklan: 8 April 2026

Tarikh Tutup: 24 April 2026 (Jumaat)

Iklan jawatan kosong terkini di Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia (Keutamaan diberikan kepada rakyat Negeri Melaka) berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Tetap / Kontrak di Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) sebagaimana berikut.


1. Pegawai Perancang Bandar & Desa J9

2. Pegawai Tadbir N9

3. Pegawai Kesihatan dan Persekitaran U9

4. Penolong Pegawai Undang Undang L5

5. Penolong Akauntan W5

6. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U5

7. Pembantu Tadbir (Pengkeranian & operasi) N1

8. Pembantu Penguatkuasa KP1

9. Pembantu Kesihatan Awam U1

10. Pembantu Khidmat Am (Pemanduan) H1

11. Pembantu Khidmat Am H1


Tarikh tutup permohonan 24 April 2026 (Jumaat).

Lokasi penempatan : MPHTJ Melaka.

Sektor : Badan Berkanun


Cara Memohon

1. Calon-calon yang berminat serta berkelayakan hendaklah membuat permohonan jawatan secara online melalui Borang Permohonan Jawatan MPHTJ (google form), sila kepautan permohonan jawatan di bawah. Pastikan pemohon mempunyai akaun google atau gmail.com untuk membuat permohonan.

2. Pemohon mestilah memenuhi syarat lantikan yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan bagi jawatan yang dipohon sebelum memohon jawatan, sila ke pautan (Syarat Kelayakan) di bawah.

3. Permohonan hendaklah disertakan dengan sesalinan Kad Pengenalan, sesalinan Sijil Kelahiran, gambar terkini berukuran pasport dan sijil-sijil kelayakan akademik. Sila pastikan setiap dokumen tersebut hendaklah DISAHKAN. Permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan serta tidak disahkan akan ditolak dengan serta merta.

4. Permohonan daripada Pegawai-pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat (Tetap dan Kontrak) hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan dan pastikan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini serta Laporan Penilaian Prestasi 3 tahun yang terkini.

3. Tarikh tutup permohonan adalah pada 24 April 2026 (Jumaat), jam 5.00 petang.