Jawatan Kosong
Buat Resume +Submit Job

02 April 2026

Jawatan Kosong MBPG April 2026

Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG)

Jawatan Kosong MBPG April 2026

Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG)

Pasir Gudang, Johor

Email: xxxxxxxxxxx@gmail.com

Gaji: RM1,500.00 - RM11,110.00 / sebulan

Taraf Jawatan: Kontrak

Tarikh Iklan: 2 April 2026

Tarikh Tutup: 14 April 2026 (Selasa)

Iklan jawatan kosong terkini di Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia keutamaan diberikan kepada rakat Negeri Johor berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup permohonan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan lantikan Kontrak di Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) sebagaimana berikut.


1. Penerbit Rancangan B9

2. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U5

3. Pembantu Penguatkuasa KP1


Tarikh tutup permohonan 14 April 2026 (Selasa).

Lokasi penempatan : MBPG Johor.

Sektor : Badan Berkanun


Cara Memohon

1. Calon-calon yang berminat serta berkelayakan hendaklah membuat permohonan jawatan secara online melalui Sistem e-HR MBPG.

2. Permohonan daripada calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan dengan menyertakan salinan kenyataan perkhidmatan yang dikemaskini dan 3 laporan penilaian prestasi tahunan yang terakhir sepertimana mengikut peraturan 17 Bab A Tahun 2005 dibawah peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat, dan penamatan Perkhidmatan).

3. Hanya calon yang disenarai pendek akan dihubungi melalui e-mel. Sila pastikan alamat e-mel yang diberikan adalah aktif. Pihak MBPG tidak akan bertanggungjawab sekiranya tuan/puan tidak menerima sebarang maklum balas.

4. Permohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tempoh 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya. Segala perbelanjaan kerana menghadiri ujian tapisan dan temuduga adalah ditanggung oleh calon sendiri.


Permohonan Yang DITOLAK

(i) Permohonan yang tidak disertakan dokumen yang lengkap.

(ii) Tidak mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan bagi kakitangan Kerajaan.

(iii) Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup iklan.

(iv) Pemohon tidak memenuhi/ tidak menepati syarat-syarat lantikan jawatan yang diiklankan.

(v) Tidak menyertakan gambar passport berwarna.