Jawatan Kosong
Buat Resume +Submit Job

27 April 2026

Jawatan Kosong MAINPP Mei 2026

Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP)

Jawatan Kosong MAINPP Mei 2026

Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP)

George Town, Pulau Pinang

Email: xxxxxxxxxxx@gmail.com

Gaji: RM1,650.00 - RM6,620.00 / sebulan

Taraf Jawatan: Kontrak

Tarikh Iklan: 27 April 2026

Tarikh Tutup: 4 Mei 2026 (Isnin)

Iklan jawatan kosong terkini di Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan lantikan Kontrak di Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) seperti berikut.


1. Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S5

2. Penolong Pegawai Teknologi Makanan C5


Tarikh tutup permohonan 04 Mei 2026 (Isnin).

Lokasi penempatan : MAINPP Pulau Pinang.

Sektor : Badan Berkanun


Cara Memohon

(a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang yang boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah.

(b) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 32sm x 22sm.

(c) Pemohon hendaklah menulis nama jawatan yang dipohon pada penjuru kiri atas sampul surat yang dihantar.

(d) Permohonan yang berikut akan ditolak:

(i) Tidak menggunakan borang permohonan jawatan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

(ii) Tidak lengkap atau tidak terang.

(iii) Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan.

(iv) Tidak disertakan gambar terkini berukuran passport.

(v) Tidak disertakan salinan Mykad, salinan Sijil Kelahiran, salinan Kelulusan Akademik (berkaitan permohonan) dan lain lain dokumen sokongan yang berkaitan.

(vi) Tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan beserta salinan Rekod Perkhidmatan dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini.

(vii) Tidak ditandatangani; dan

(viii) Lewat diterima


(d) Permohonan hendaklah dihantar kepada:


Setiausaha

Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang

Tingkat 7, 8 & 9, Menara JKP

No.128, Jalan Macalister 10400

PULAU PINANG.


pada atau sebelum 4 MEI 2026


Catatan Am

(a) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.

(b) Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tempoh 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

(c) Segala perbelanjaan bagi urusan temuduga hendaklah ditanggung oleh calon sendiri.

(d) Hanya calon yang berjaya dalam urusan temuduga akan dimaklumkan.

(e) Keutamaan akan diberi kepada anak Negeri Pulau Pinang yang cergas dan mempunyai daya inisiatif/ komitmen yang tinggi dalam menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan serta mempunyai pengetahuan yang baik dalam agama Islam.