Jawatan Kosong
Buat Resume +Submit Job

05 April 2026

Jawatan Kosong LKPPK April 2026

Lembaga Kemajuan Penanam-Penanam Padi Kedah

Jawatan Kosong LKPPK April 2026

Lembaga Kemajuan Penanam-Penanam Padi Kedah

Alor Setar, Kedah

Email: xxxxxxxxxxx@gmail.com

Gaji: RM1,650.00 - RM6,620.00 / sebulan

Taraf Jawatan: Tetap / Kontrak

Tarikh Iklan: 5 April 2026

Tarikh Tutup: 15 April 2026 (Rabu)

Iklan jawatan kosong terkini di Lembaga Kemajuan Penanam-Penanam Padi Kedah (LKPPK) 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia dan bermastautin di Negeri Kedah berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Kontrak (Interim) / Tetap di Lembaga Kemajuan Penanam-Penanam Padi Kedah (LKPPK) sepertimana jawatan berikut.


1. Penolong Pegawai Undang-Undang Gred L5


Tarikh tutup permohonan 15 April 2026 (Rabu).

Lokasi penempatan : LKPPK Kedah.

Sektor : Badan Berkanun


Jawatan : Penolong Pegawai Undang-Undang Gred L5

Taraf Jawatan : Kontrak (Interim) / Tetap

Kekosongan : Satu (1)

Jadual Gaji Min - Maks : RM1,650.00 - RM6,620.00

Kenaikan Gaji Tahunan : RM145.00


Syarat Lantikan

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

(i) Diploma dalam bidang Pentadbiran Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred L5: RM1,893.00) ; atau

(ii) Diploma dalam bidang Undang-Undang yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred L5: RM1,974.00).


Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Deskripsi Tugas

Bertanggungjawab kepada Setiausaha Lembaga dengan :-

(i) Membantu atau menghadiri dalam sesuatu kes di pejabat tanah atau mahkamah.

(ii) Menyediakan draf, dokumen dan kertas berkaitan tujuan siasatan.

(iii) Menyediakan draf perjajian.

(iv) Menyediakan laporan kes-kes, taksiran kos bagi setiap tindakan-tindakan.

(v) Membantu dalam perundingan dengan peguam-peguam, peguam panel.

(vi) Lain-lain tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan.


Cara Memohon

1. Calon yang berminat serta berkelayakan hendaklah membuat permohoan dengan menggunakan Borang Permohonan Jawatan yang boleh dimuat turun pada pautan borang di bawah. 

2. Sila muat turun syarat kelayakan di bawah untuk melihat syarat kelayakan secara lengkap.

3. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat seperti berikut :-


SETIAUSAHA

LEMBAGA KEMAJUAN PENANAM-PENANAM PADI KEDAH

TINGKAT 2, BANGUNAN DATO' HAJI ALI ISMAIL

JALAN TUNKU IBRAHIM

05000 ALOR SETAR

KEDAH DARUL AMAN


Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 April 2026 (Rabu).


Nota : 

i. Tuliskan jawatan yang dipohon di sebelah atas kiri sampul.

ii. Salinan sijil-sijil dan lain-lain dokumen yang berkaitan hendaklah disahkan dan disertakan bersama borang permohonan.

iii. Hanya pemohon-pemohon yang layak selepas disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga dan mereka yang berjaya sahaja yang akan dihubungi.

iv. Permohonan yang tidak lengkap dan lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.

v. Segala perbelanjaan atas segala urusan permohonan jawatan ini adalah menjadi tanggungan permohonan sendiri.