Jawatan Kosong
Buat Resume +Submit Job

15 April 2026

Jawatan Kosong Kerani (BERNAMA) - Johor Bahru

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA)

Jawatan Kosong Kerani (BERNAMA) - Johor Bahru

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA)

Johor Bahru, Johor

Email: xxxxxxxxxxx@gmail.com

Gaji: RM 1,700.00 - RM 4,500.00 sebulan

Taraf Jawatan: Tetap / Kontrak

Tarikh Iklan: 17 April 2026

Tarikh Tutup: 24 April 2026 (Jumaat)

Iklan jawatan kosong terkini di Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) - Johor Bahru sebagaimana berikut.


1. Kerani


Tarikh tutup permohonan 24 April 2026 (Jumaat).

Lokasi penempatan : Johor Bahru

Sektor : Badan Berkanun


Syarat Kelayakan

• Mempunyai kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

• Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

• Boleh melaksanakan tugas secara berbilang tugas;

• Berkemahiran dan berpengetahuan menggunakan aplikasi Microsoft Office;

• Rajin, komited dalam melaksanakan tugasan;

• Berkebolehan menyelesaikan tugas dengan pengawasan yang minimum;

• Mempunyai kemahiran komunikasi dengan baik dan boleh bekerja secara berpasukan;

• Pengalaman kerja dalam bidang perkeranian adalah satu kelebihan.


Cara Memohon

1. Calon-calon yang berminat dan memenuhi kelayakan hendaklah membuat permohonan jawatan secara online melalui laman Kerjaya @ BERNAMA, sila kepautan permohonan jawatan di bawah.

2. Tarikh tutup permohonan adalah pada 24 April 2026 (Jumaat).