Jawatan Kosong
Buat Resume +Submit Job

26 April 2026

Jawatan Kosong FELCRA Niaga Sdn Bhd

FELCRA Niaga Sdn Bhd

Jawatan Kosong FELCRA Niaga Sdn Bhd

FELCRA Niaga Sdn Bhd

Jalan Genting Kelang, W.P Kuala Lumpur

Email: xxxxxxxxxxx@gmail.com

Gaji: RM1,900.00 - RM5,500.00 / sebulan

Taraf Jawatan: Tetap / Kontrak

Tarikh Iklan: 26 April 2026

Tarikh Tutup: 30 April 2026 (Khamis)

Iklan jawatan kosong terkini di FELCRA Niaga Sdn Bhd 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di FELCRA Niaga Sdn Bhd di bawah FELCRA Berhad seperti berikut.


1. Pengurus Pentadbiran (Gred Band 3A)

2. Penolong Eksekutif Pentadbiran (Gred A&T2)


Tarikh tutup permohonan 30 April 2026 (Khamis).

Lokasi penempatan : Kuala Lumpur.

Sektor : Badan Berkanun/ Swasta


1. Pengurus Pentadbiran (Gred Band 3A)


Syarat Kelayakan

i. Warganegara Malaysia.

ii. Berumur di antara 30 tahun hingga 37 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

iii. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia atau lain-lain kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Syarikat.

iv. Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pentadbiran Perniagaan / Pengurusan atau bidang yang berkaitan daripada Universiti / Institusi tempatan atau Universiti-universiti yang dan diiktiraf oleh Malaysian Qualification Agency (MQA) serta berpengalaman dalam bidang IT dan Teknikal amatlah digalakkan untuk mengemukakan permohonan.

v. Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Syarikat.

vi. Mempunyai pengalaman bekerja sekurang – kurangnya 3 hingga 5 tahun di dalam bidang Pentadbiran sebagai Pengurus adalah satu kelebihan.

vii. Mahir di dalam pengendalian komputer (Microsoft Office, Canva).

viii. Bersedia menjalankan tugas dengan jujur, kreatif dan sanggup bekerja sebagai satu pasukan, rajin, semangat, berpewatakan dan berfikiran positif serta sanggup bekerja lebih masa.

ix. Mempunyai Kemahiran komunikasi dan penulisan yang baik dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

x. Mempunyai lesen memandu B2/D.

xi. Boleh bekerja di luar kawasan pada bila-bila masa yang diperlukan (Outstation).

xii. Boleh dilantik secara kontrak / tetap mengikut keperluan Syarikat.


2. Penolong Eksekutif Pentadbiran (Gred A&T2)


Syarat Kelayakan

i. Warganegara Malaysia.

ii. Berumur di antara 18 tahun hingga 28 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

iii. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia atau lain-lain kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Syarikat. Calon yang mempunyai Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau Diploma daripada Universiti/Institusi yang diiktiraf amatlah digalakkan untuk mengemukakan permohonan.

iv. Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Syarikat.

v. Mempunyai pengalaman bekerja di dalam bidang Pentadbiran adalah satu kelebihan.

vi. Mahir di dalam pengendalian komputer (Microsoft Office, Canva).

vii. Bersedia menjalankan tugas dengan jujur, kreatif dan sanggup bekerja sebagai satu pasukan, rajin, semangat, berpewatakan dan berfikiran positif serta sanggup bekerja lebih masa.

viii. Mempunyai lesen memandu B2/D.

ix. Boleh bekerja di luar kawasan pada bila-bila masa yang diperlukan (Outstation).


Cara Memohon

1. Borang permohonan perjawatan FELCRA Niaga Sdn. Bhd. boleh dimuat turun pada pautan Borang yang diberikan di bawah dan hendaklah diisi dengan lengkap serta melampirkan resume, satu salinan kad pengenalan, salinan sijil-sijil berkaitan dan lain-lain dokumen sokongan yang telah disahkan, berserta gambar berukuran pasport yang terkini.

2. Untuk melihat iklan dan syarat-syarat kelayakan sila kepautan Syarat Kelayakan di bawah.

3. Borang permohonan perjawatan FELCRA Niaga Sdn. Bhd. yang lengkap diisi dan dokumen-dokumen tersebut hendaklah dilampirkan di dalam bentuk Portable Document Format (PDF) dan dikemukakan ke alamat emel: sumbermanusia@felcraniaga.com.my

4. Hanya calon-calon yang disenarai pendek untuk temuduga sahaja akan dihubungi.