Jawatan Kosong
+Submit Job

20 March 2026

Jawatan Kosong Perbadanan Labuan (PL) 2026

Perbadanan Labuan (PL)

Jawatan Kosong Perbadanan Labuan (PL) 2026

Perbadanan Labuan (PL)

Wisma Perbadanan Labuan, W.P Labuan

Email: xxxxxxxxxxx@gmail.com

Gaji: RM1,500.00 - RM11,110.00

Taraf Jawatan: Kontrak

Tarikh Iklan: 20 Mac 2026

Tarikh Tutup: 17 April 2026 (Jumaat)

Iklan jawatan kosong terkini di Perbadanan Labuan (PL) 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan lantikan Kontrak (Interim) / Personel MySTEP di Perbadanan Labuan (PL) sebagaimana berikut.


1. Pegawai Tadbir N9

2. Pelukis Pelan/ Penolong Jurutera JA5

3. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N1

4. Pembantu Penilaian W1

5. Pembantu Khidmat Am H1

6. Personel MySTEP Setaraf Diploma/ STPM

(Penolong Jurutera)


Tarikh tutup permohonan 17 April 2026 (Jumaat).

Lokasi penempatan : PL Labuan.

Sektor : Badan Berkanun


Syarat-Syarat Permohonan

1. Calon-calon yang berminat serta berkelayakan hendaklah membuat permohonan dengan menggunakan Borang Permohonan Jawatan yang boleh dimuat turun pada pautan butang permohonan jawatan di bawah.

2. Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah disertakan seperti berikut:

a. Sekeping gambar (ukuran passport) terkini;

b. Salinan kad pengenalan (berwarna) pemohon dan Ibubapa;

c. Sijil lahir pemohon dan Ibubapa;

d. Sijil-sijil persekolahan dan kelulusan akademik; (SPM & IJAZAH)

e. Pengesahan Pengiktirafan Kelayakan Sijil / Diploma / IJAZAH Daripada MQA Atau MQR

f. Sijil berhenti sekolah;

g. Sijil Digital Lengkap Vaksinasi COVID-19 dan

h. Sijil kegiatan luar dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan.

- semua salinan dokumen yang dinyatakan di atas perlulah dikemukakan dalam keadaan yang JELAS dan perlu disahkan dari salinan asal oleh Pegawai Kerajaan Gred 9 dan ke atas atau pegawai di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Pendidikan untuk sijil-sijil berkaitan.

- Kegagalan mengemukakan salinan dokumen,atau tidak mengisi data dengan lengkap di borang permohonan boleh

menyebabkan permohonan tidak disenarai pendek.

3. Pemohon hendaklah bebas daripada apa-apa rekod jenayah, tidak menggunakan atau mengambil apa-apa dadah berbahaya serta tiada masalah penyakit kronik yang boleh menjejaskan prestasi kerja;

4. Permohonan yang lewat, tidak lengkap seperti yang dinyatakan di para (2) dan (3) di atas atau tidak mengikut syarat-syarat tersebut akan ditolak; dan

5. Pihak Perbadanan Labuan tidak akan bertanggungjawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan temu duga dan penghantaran borang permohonan jawatan .

6. Permohonan hendaklah sampai kepada :


KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

PERBADANAN LABUAN

WISMA PERBADANAN LABUAN

TINGKAT BAWAH BLOK A

PETI SURAT 81245

87022 WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

(U.P: JABATAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA)


Tarikh tutup atau selewat-lewatnya pada 17 April 2026 (Jumaat).


Catatan Am

1. Hanya calon yang disenarai pendek akan dijemput hadir ke sesi temu duga.

2. Sekiranya pemohon yang tidak menerima panggilan untuk sesi temu duga selepas enam (6) bulan daripada tarikh iklan ditutup, permohonan mereka adalah tidak berjaya.

3. Sekiranya pemohon yang dijemput hadir temu duga tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan daripada tarikh temu duga diadakan, permohonan mereka adalah tidak berjaya.

4. Perbadanan Labuan boleh melanjutkan tempoh validasi borang permohonan sehingga tempoh yang ditetapkan.