Jawatan Kosong
+Submit Job

06 March 2026

Pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 (CoS)

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 (CoS)

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, W.P Putrajaya

Email: xxxxxxxxxxx@gmail.com

Gaji: RM2,360.00 - RM11,110.00

Taraf Jawatan: Kontrak

Tarikh Iklan: 6 Mac 2026

Tarikh Tutup: 20 Mac 2026 (Jumaat)

Iklan pengambilan terkini Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 Contract of Service (CoS) di Sekolah Rendah seluruh negara bagi tahun 2026 kini dibuka. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang merupakan graduan bukan pendidikan berumur tidak melebihi 40 tahun pada 30 Jun 2026 serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Contract of Service (CoS) di Sekolah Rendah di seluruh negara di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagaimana berikut.


1. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 - Contract of Service (CoS)


Tarikh tutup permohonan 20 Mac 2026 (Jumaat).

Lokasi penempatan : Seluruh Malaysia

Sektor : Kerajaan


Syarat Kelayakan


1. Syarat dan kelayakan memohon Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 Contract of Service (CoS) di Sekolah Rendah adalah:

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Sihat tubuh badan;

(c) Aktif dalam kokurikulum;

(d) Umur tidak melebihi 40 tahun pada 30 Jun 2026 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1986;

(e) Memiliki indeks jisim tubuh (BMI) 32.5 dan ke bawah sahaja akan dipertimbangkan untuk panggilan temu duga;

(f) Memiliki kelayakan seperti berikut:

i. Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan

(universiti awam dan swasta) dan luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan; atau

ii. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan (universiti awam dan swasta) dan luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan; dan

(g) Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;


Calon Yang Tidak Layak Memohon

1. Pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru (IPG) tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan pengajian.

2. Graduan pendidikan;

3. Guru interim;

4. Diisytiharkan bankrap;

5. Diberhentikan dari perkhidmatan kerajaan kerana tindakan tatatertib atau disabitkan dengan kesalahan jenayah/penyalahgunaan dadah/ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri;

6. Pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah; dan

7. Memperoleh keputusan senat universiti selepas 20 Mac 2026.


Cara Memohon

1. Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian dengan melayari laman sesawang Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) di alamat https://mypdpp.moe.gov.my/pdpp26 mulai 02 hingga 20 Mac 2026.

2. Calon dibenarkan mengemukakan satu permohonan sahaja dan boleh mengemas kini permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. (sila rujuk tarikh-tarikh penting pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 Contract of Service (CoS)).

3. Calon perlu membuat pengesahan permohonan dan dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. KPM tidak akan memproses permohonan yang tidak lengkap, tidak membuat pengesahan dan tidak dihantar pada tarikh yang telah ditetapkan.

4. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan dan tarikh menduduki e-UKCG.

5. Sebelum membuat permohonan, calon dinasihatkan melayari laman sesawang https://mypdpp.moe.gov.my/pdpp26 bagi mendapatkan maklumat iklan, Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG), temu duga dan tarikh-tarikh penting pengambilan.

6. Calon perlu menyemak tarikh-tarikh penting dari semasa ke semasa bagi mendapatkan maklumat terkini. Walau bagaimanapun, KPM berhak meminda sebarang aktiviti dan tarikh mengikut keperluan semasa.

7. Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

8. Sila klik butang permohonan jawatan di bawah untuk melihat syarat dan iklan sepenuhnya.


Sila hubungi alamat berikut sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan:


INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

ARAS 1-3, BLOK 2250 JALAN USAHAWAN 1

63000 CYBERJAYA, SELANGOR DARUL EHSAN

(u.p: Jabatan Pengambilan dan Penempatan, Pusat Hal Ehwal Pelajar)

No. Telefon : 03-8312 6733/ 6760/ 6723/ 6720/ 6768/ 6693