Jawatan Kosong

02 March 2026

Jawatan Kosong Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)

Jawatan Kosong Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)

Shah Alam, Selangor

Email: xxxxxxxxxxx@gmail.com

Gaji: RM2,100.00

Taraf Jawatan: Personel MySTEP

Tarikh Iklan: 2 Mac 2026

Tarikh Tutup: 4 Mac 2026 (Rabu)

Iklan jawatan kosong terkini di Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan Personel MySTEP di Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) sebagaimana berikut.


1. Penolong Jurutera JA5

2. Penolong Pegawai Undang-Undang L5

3. Penolong Pegawai Penerangan S5

4. Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar C5

5. Pembantu Tadbir (Kewangan) W1

6. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA5


Gaji Personel MySTEP Bertaraf Diploma : RM2,100.00 sebulan

Kemudahan : Cuti rehat, cuti sakit, caruman KWSP dan caruman PERKESO.


Tarikh tutup permohonan pada 04 Mac 2026 (Rabu).

Lokasi penempatan: LUAS Selangor.

Sektor : Badan Berkanun


Cara Memohon


1. Calon-calon yang berminat serta berkelayakan hendaklah membuat permohonan secara online melalui laman e-Perjawatan LUAS yang boleh anda layari pada pautan butang permohonan jawatan di bawah.


2. Pemohon WAJIB memuatnaik dokumen-dokumen yang telah disenaraikan didalam Sistem e-Perjawatan bahagian Lampiran Maklumat Peribadi .


3. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.


4. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.


5. Hanya calon yang ditapis-senarai akan dipanggil untuk temuduga dan dimohon untuk membawa dokumen-dokumen asal seperti Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil atau bukti lain yang mengesahkan Kerakyatan Malaysia, Sijil Kelulusan Persekolahan, Sijil Tamat Persekolahan, Ijazah/ Diploma dan transkrip/ Surat Pengesahan Kelulusan Akhir Peperiksaan daripada pusat-pusat pengajian, Sijil-sijil lain yang berkaitan dengan jawatan serta Sijil kegiatan luar.


6. Pegawai-Pegawai Kerajaan, Badan-Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah memohon melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan mengemukakan sesalinan rekod Kenyataan Perkhidmatan (Buku Rekod Perkhidmatan Kerajaan ; BRP) yang terkini dan salinan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang disahkan.


6. Calon hendaklah menghantar sesalinan permohonan yang lengkap dicetak melalui laman web https://eperjawatan.luas.gov.my dan dokumen-dokumen sokongan seperti di perenggan lima (5) dan enam (6) kepada Unit Pengurusan Sumber Manusia LUAS pada atau sebelum tarikh tutup permohonan ke alamat seperti bawah :


Pengarah,

Lembaga Urus Air Selangor,

Tingkat 13, Bangunan Darul Ehsan, No. 3, Jalan Indah, Seksyen 14,

40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.