Jawatan Kosong
+Submit Job

27 March 2026

Jawatan Kosong di Yayasan Perak April 2026

Yayasan Perak

Jawatan Kosong di Yayasan Perak April 2026

Yayasan Perak

Ipoh, Perak

Email: xxxxxxxxxxx@gmail.com

Gaji: RM2,094.00 - RM9,585.00 / sebulan

Taraf Jawatan: Tetap / Kontrak

Tarikh Iklan: 27 Mac 2026

Tarikh Tutup: 6 April 2026 (Isnin)

Iklan jawatan kosong terkini di Yayasan Perak 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia keutamaan diberikan kepada anak jati Negeri Perak berumur tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 50 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan lantikan Kontrak / Tetap di Yayasan Perak sebagaimana berikut.


1. Pegawai Audit Dalam Gred W41


Tarikh tutup permohonan 06 April 2026 (Isnin).

Lokasi penempatan : Yayasan Perak.

Sektor : Badan Berkanun


Jawatan : Pegawai Audit Dalam Gred W41

Taraf Jawatan : Kontrak / Tetap

Jadual Gaji Min - Maks : RM2,094.00 - RM9,585.00

Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00


Syarat Lantikan

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) Warganegara Malaysia; dan

(b) Berumur tidak kurang daripada 30 tahun dan tidak lebih daripada 50 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan/ Kewangan/ Audit atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.


Deskripsi Tugas

Berperanan penting dalam memastikan kawalan dalaman, kewangan dan operasi organisasi berjalan dengan telus dan berkesan.


Cara Memohon

1. Calon-calon yang berminat hendaklah mengemukakan permohonan yang lengkap dengan menyertakan salinan kad pengenalan, salinan sijil SPM, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda, resume beserta sekeping gambar berukuran pasport. Calon juga perlu melengkapkan borang jawatan kosong (sila muat turun di bawah) dan menghantar permohonan tersebut melalui e-mel ke : sumbermanusia@yayasanperak.com.my

atau melalui pos ke alamat seperti berikut:


Unit Sumber Manusia

Yayasan Perak

Tingkat 1, Wisma Yayasan Perak,

No. 111, Jalan Sultan Idris Shah,

30000 Ipoh,

Perak


Tarikh tutup permohonan adalah pada atau selewat-lewatnya pada 06 April 2026 (Isnin).


2 Untuk maklumat syarat lantikan dan syarat kemahiran yang diperlukan sila muat turun pada pautan syarat kelayakan di bawah.


Catatan Am

a) Hanya calon-calon yang terpilih dan disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

b) Jika sekiranya calon tidak menerima sebarang maklumbalas dalam tempoh tiga (3) minggu dari tarikh tutup iklan, calon dianggap TIDAK BERJAYA.

c) Keputusan temuduga adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.