Jawatan Kosong

01 March 2026

Jawatan Kosong Pusat Kutipan Zakat Pahang 2026

Pusat Kutipan Zakat Pahang

Jawatan Kosong Pusat Kutipan Zakat Pahang 2026

Pusat Kutipan Zakat Pahang

Kuantan, Pahang

Email: xxxxxxxxxxx@gmail.com

Gaji: RM2,450.00

Taraf Jawatan: Tetap

Tarikh Iklan: 1 Mac 2026

Tarikh Tutup: 19 Mac 2026 (Khamis)

Iklan jawatan kosong terkini di Pusat Kutipan Zakat Pahang 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia keutamaan diberikan kepada Rakyat Negeri Pahang berumur tidak kurang 25 tahun pada tarikh tutup iklan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Tetap di Pusat Kutipan Zakat Pahang sebagaimana berikut.


1. Pegawai Pentadbiran (Tetap)


Tarikh tutup permohonan 19 Mac 2026 (Khamis).

Lokasi penempatan : Zakat Pahang

Sektor : Badan Berkanun


Jawatan : Pegawai Pentadbiran

Taraf Jawatan : Tetap

Gaji Asas Permulaan (tidak termasuk elaun) : RM2,450.00


Syarat Kelayakan

i) Memiliki Ijazah Sarjana Muda (Dengan Kepujian) dalam bidang Pengurusan Pejabat (Office Management) atau Pentadbiran Perniagaan (Business Admin), Pengurusan Awam, atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. dan 

Mendapat Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam Subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

ii) Mempunyai pengalaman minimum 5 tahun dalam bidang pentadbiran syarikat.


Cara Memohon

1. Semua permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang permohonan yang boleh dimuat turun pada butang permohonan jawatan di bawah yang disertakan iklan dan syarat-syarat lantikan.

ii. Borang hendaklah disertakan dengan:

• Resume;

• Sekeping gambar ukuran pasport;

• Salinan kad pengenalan pemohon;

• Sijil lahir pemohon, ibu dan bapa;

• Sijil-sijil kelayakan akademik;

• Lain-lain dokumen yang berkaitan yang diakui salinan sah;


iii. Borang yang telah lengkap boleh dihantarkan kepada alamat berikut:


Ketua Pegawai Eksekutif

Ibu Pejabat Pusat Kutipan Zakat Pahang

No.111A, Tingkat 1, Bangunan MUIP,

Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang Darul Makmur.

(U.P.: Bahagian Sumber Manusia)


iv. Sila tulis nama jawatan yang dimohon pada sebelah penjuru kiri atas sampul surat.


Perhatian

(i) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk di temuduga.

(ii) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas (1) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

(iii) Tarikh Tutup Permohonan ini adalah pada 19 Mac 2026 (Khamis).