Jawatan Kosong
+Submit Job

06 March 2026

Jawatan Kosong Perbadanan Perpustakaan Awam Johor (PPAJ)

Perbadanan Perpustakaan Awam Johor (PPAJ)

Jawatan Kosong Perbadanan Perpustakaan Awam Johor (PPAJ)

Perbadanan Perpustakaan Awam Johor (PPAJ)

Johor Bahru, Johor

Email: xxxxxxxxxxx@gmail.com

Gaji: RM1,500.00 - RM11,110.00

Taraf Jawatan: Kontrak

Tarikh Iklan: 6 Mac 2026

Tarikh Tutup: 16 Mac 2026 (Isnin)

Iklan kekosongan jawatan terkini di Perbadanan Perpustakaan Awam Johor (PPAJ) 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Kontrak (Interim) di Perbadanan Perpustakaan Awam Johor (PPAJ) sebagaimana berikut.


1. Pustakawan (S9) – 2 Kekosongan

2. Penolong Akauntan (W5) – 1 Kekosongan

3. Penolong Pustakawan (S5) – 3 Kekosongan

4. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (FA5) – 1 Kekosongan

5. Pembantu Pustakawan (S1) – 3 Kekosongan

6. Pembantu Tadbir (P/O) (N1) – 2 Kekosongan

7. Pembantu Tadbir (Kewangan) (W1) – 1 Kekosongan

8. Pembantu Khidmat Am (H1) – 1 Kekosongan


Tarikh tutup permohonan 16 Mac 2026 (Isnin).

Lokasi penempatan : PPAJ Johor.

Sektor : Badan Berkanun


Cara Memohon

1. Calon-calon yang berminat serta berkelayakan hendaklah membuat permohonan dengan menggunakan Borang Permohonan Jawatan yang boleh dimuat turun pada pautan butang permohonan jawatan di bawah yang disertakan dengan iklan dan syarat-syarat lantikan.

2. Pegawai-Pegawai Kerajaan, Pihak Berkuasa Tempatan & Badan-Badan Berkanun yang sedang berkhidmat mestilah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan mengikut Perintah Am Bab A Bil. 21 dan memastikan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) tiga (3) Tahun berturut-turut dan Penyata Perkhidmatan yang telah kemaskini dan terkini disertakan bersama-sama.

3. Borang permohonan hendaklah lengkap diisi dan di hantar ke alamat berikut:


Perbadanan Perpustakaan Awam Johor

Lot 19745Jalan Yahya Awal

80100 Johor Bahru

Johor Darul Ta’zim


Tarikh tutup permohonan adalah pada 16 Mac 2026 (Isnin).


Perhatian

i. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima atau tidak mengikut peraturan memohon boleh menyebabkan permohonan TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN ATAU DITOLAK.

ii. Hanya calon yang dipilih dalam penyaringan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.

iii. Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh Tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap TIDAK BERJAYA.

iv. Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga (jika berkenaan) adalah menjadi tanggungjawab pemohon sendiri.