Jawatan Kosong
+Submit Job

20 March 2026

Jawatan Kosong MTIB Mac 2026

Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB)

Jawatan Kosong MTIB Mac 2026

Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB)

Cheras, W.P Kuala Lumpur

Email: xxxxxxxxxxx@gmail.com

Gaji: RM2,800.00

Taraf Jawatan: Kontrak

Tarikh Iklan: 20 Mac 2026

Tarikh Tutup: 31 Mac 2026 (Selasa)

Iklan jawatan kosong terkini di Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang 21 tahun dan tidak lebih 40 tahun pada tarikh tutup iklan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan lantikan Kontrak di Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) sebagaimana berikut.


1. Pegawai Sains Gred C9 (Kontrak)


Tarikh tutup permohonan 31 Mac 2026 (Selasa).

Lokasi penempatan : MTIB Pelbagai Negeri

Sektor : Badan Berkanun


Jawatan : Pegawai Sains Gred C9 (Kontrak)

Gaji : RM2,800.00


Syarat Umum

  • Ijazah Sarjana Muda/Sarjana dalam Sains Teknologi Kayu / Perhutanan / Industri Kayu / Biokomposit / Bahan Polimer / Kejuruteraan Bahan;
  • Kemahiran statistik/analisis data (SPSS, SAS, ANOVA);
  • Kebolehan menulis artikel saintifik (Jurnal/Prosiding);
  • Sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman dalam bidang kayu & biokomposit; dan
  • Warganegara, umur 21–40 tahun, Lesen Memandu Kelas D.
  • Berupaya untuk kerja luar pejabat melibatkan ke lapangan, ladang hutan, industri dan sebagainya


Cara Memohon

1. Calon-calon yang berminat serta berkelayakan hendaklah membuat permohonan jawatan dengan melengkapkan Borang Permohonan Jawatan yang boleh dimuat turun pada pautan butang permohonan jawatan di bawah yang disertakan iklan dan syarat-syarat kelayakan.

2. Borang Permohonan yang lengkap hendaklah di emelkan kepada : erecruitment@mtib.gov.my

3. Sila nyatakan KOD JAWATAN (sila lihat iklan - muat turun pada pautan permohonan di bawah) yang di pohon pada subjek emel dan borang permohonan.

4. Tarikh tutup permohonan adalah pada atau selewat-lewatnya pada 31 Mac 2026 (Selasa).