Jawatan Kosong
Buat Resume +Submit Job

22 April 2026

Jawatan Kosong MATRADE April 2026

Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE)

Jawatan Kosong MATRADE April 2026

Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE)

Jalan Sultan Haji Ahmad Shah, W.P Kuala Lumpur

Email: xxxxxxxxxxx@gmail.com

Gaji: RM 1,500.00 - RM 11,110.00 sebulan

Taraf Jawatan: Kontrak

Tarikh Iklan: 15 April 2026

Tarikh Tutup: 3 Mei 2026 (Ahad)

Iklan jawatan kosong terkini di Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Kontrak di Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) sebagaimana berikut.


1. Pegawai Ehwal Ekonomi E9

2. Pegawai Teknologi Maklumat F9

3. Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi E5

4. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA5

5. Penolong Akauntan W5

6. Pembantu Setiausaha Pejabat N1

7. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N1

8. Pembantu Tadbir (Kewangan) W1

9. Pembantu Perangkaan E1

10. Penjaga Jentera Elektrik J1


Tarikh tutup permohonan 03 Mei 2026 (Ahad).

Lokasi penempatan : Kuala Lumpur.

Sektor : Badan Berkanun


Cara Memohon

1. Calon-calon yang berminat dan memenuhi kelayakan hendaklah membuat permohonan jawatan dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan secara online melalui google form yang disediakan oleh pihak MATRADE. Sila kepautan permohonan jawatan di bawah untuk memohon. Sila pastikan pemohon mempunyai akaun google atau gmail.com bagi membuat permohonan jawatan.

2. Sila lihat Syarat Kelayakan terlebih dahulu sebelum membuat permohonan bagi melihat syarat-syarat yang ditentukan. Sila kepautan Syarat Kelayakan di bawah.

3. Pemohon hanya boleh memohon bagi satu (1) jawatan sahaja.

4. Permohonan hanya diterima secara dalam talian sahaja dan pemohon perlu memastikan maklumat yang diisi adalah lengkap dan tepat. Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak dan tidak akan diproses.

5. Pemohon diminta mengisi alamat e-mel dan nombor telefon bimbit yang aktif dan betul. Pihak MATRADE tidak akan bertanggungjawab jika pihak pemohon tidak menerima makluman yang dihantar secara e-mel kepada pemohon.

6. Selain daripada memenuhi syarat sepertimana yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan yang berkaitan, calon mestilah juga memenuhi syarat tambahan iaitu bebas dari sebarang tindakan tatatertib/ perundangan.

7. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk sesi peperiksaan bertulis dan temu duga.

8. Pemohon yang tidak menerima sebarang maklum balas dari MATRADE dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.


Pertanyaan

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pegawai berikut:

  • Cik Mas Aida Izzaidah Mas Kamarulzaman (masaida@matrade.gov.my) 03 - 6207 7313.
  • Encik Muhamad Zareq Haffizi Aris (zareq@matrade.gov.my) 03 - 6207 7316.