Jawatan Kosong
Buat Resume +Submit Job

29 March 2026

Jawatan Kosong Ketua Pegawai Bisnes LPNPP

Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang (LPNPP)

Jawatan Kosong Ketua Pegawai Bisnes LPNPP

Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang (LPNPP)

George Town, Pulau Pinang

Email: xxxxxxxxxxx@gmail.com

Gaji: RM10,307.00 / sebulan

Taraf Jawatan: Kontrak

Tarikh Iklan: 29 Mac 2026

Tarikh Tutup: 30 Mac 2026 (Isnin)

Iklan jawatan kosong terkini di Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang (LPNPP) 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 35 tahun dan tidak lebih 50 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan lantikan Peminjaman di Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang (LPNPP) sebagaimana berikut.


1. Ketua Pegawai Bisnes


Tarikh tutup permohonan 30 Mac 2026 (Isnin).

Lokasi penempatan : LPNPP Pulau Pinang.

Sektor : Badan Berkanun


Gelaran Jawatan : Ketua Sektor Bisnes

Gred Jawatan : Gred 12

Kumpulan Perkhidmatan : Eksekutif

Taraf Jawatan : Peminjaman

Gaji (Penetapan Gaji Permulaan) : RM10,307.00 sebulan

Elaun dan Kemudahan : Kadar bayaran elaun dan kemudahan adalah tertakluk kepada peraturan dan pekeliling semasa yang berkuat kuasa.


Cara Memohon

(a) Calon yang berminat perlu mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing berserta dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut:

i. Borang Permohonan Jawatan seperti di Lampiran A;

ii. Curriculum Vitae / Resume;

iii. Borang Pemeriksaan Kesihatan seperti di Lampiran B; dan

iv. Salinan Ijazah Sarjana Muda / Sarjana / Ph.D.

(b) Semua permohonan yang lengkap diisi berserta dokumen yang diperlukan hendaklah dikemukakan secara serahan tangan atau pos sebelum tarikh tutup dan dialamatkan kepada:


Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang

Paras 20, Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR)

10503 George Town

Pulau Pinang

(u.p.: Puan Nur Fadzilah Amirah binti Ismail)


Tarikh tutup permohonan atau hendaklah dibuat selewat-lewatnya pada 30 Mac 2026 (Isnin).


Temuduga

Hanya pemohon yang layak dan disenarai pendek sahaja akan dipanggil menghadiri temu duga. Permohonan adalah dianggap TIDAK BERJAYA sekiranya pemohon tidak menerima sebarang panggilan ke temu duga dalam tempoh dua minggu (2) daripada tarikh tutup iklan. Segala perbelanjaan menghadiri temu duga adalah ditanggung sepenuhnya oleh pemohon.


Keputusan

Keputusan temu duga hanya akan dimaklumkan kepada pemohon yang berjaya sahaja. Keputusan pelantikan secara rasmi akan dimaklumkan setelah mendapat kelulusan pelantikan daripada Pihak Berkuasa Melantik (PBM).


Pertanyaan

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai-pegawai berikut:


(a) Puan Nur Fadzilah Amirah binti Ismail

(nurfadzilah@lpnpp.gov.my / 04-2290014 [tekan 6])


(b) Encik Muhammad Fariez Affiq B Mohd Fisseal

(fariez@lpnpp.gov.my / 04-2290014 [tekan 6])