Jawatan Kosong
+Submit Job

22 March 2026

Jawatan Kosong Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA)

Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA)

Jawatan Kosong Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA)

Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA)

Langkawi, Kedah

Email: xxxxxxxxxxx@gmail.com

Gaji: RM1,700.00

Taraf Jawatan: Kontrak

Tarikh Iklan: 22 Mac 2026

Tarikh Tutup: 9 April 2026 (Khamis)

Iklan jawatan kosong terkini di Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Contract For Service (CFS) di Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) sebagaimana berikut.


1. Pekerja Keselamatan Gred Setara 1


Tarikh tutup permohonan 09 April 2026 (Khamis).

Lokasi penempatan : LADA Langkawi, Kedah.

Sektor : Badan Berkanun


Jawatan : Pekerja Keselamatan Gred Setara 1

Taraf Jawatan : Contract For Service (CFS)

Tempoh Perkhidmatan : 04 Mei 2026 hingga 03 Mei 2027

Gaji : RM1,700.00 sebulan


Syarat Lantikan

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

ATAU

b) Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan; ATAU

c) Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang- kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan;

ATAU

d) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; ATAU

e) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

ii. Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:

a) Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;

b) Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita tanpa bersepatu;

c) Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19-26;

d) Mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);

e) Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;

f) Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan

g) Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.


Kelayakan Bahasa Melayu

Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Cara Memohon

1. Calon-calon yang berminat serta berkelayakan hendaklah membuat permohonan jawatan dengan menggunakan Borang Permohonan Jawatan yang boleh dimuat turun pada pautan borang di bawah.

2. Borang permohonan yang telah siap diisi hendaklah disertakan dengan salinan seperti berikut:

(i) Kad Pengenalan;

(ii) Sijil Kelahiran;

(iii) Sijil Berhenti Sekolah;

(iv) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan

(v) Lain-lain sijil yang berkaitan (kokurikulum) - jika ada.


3. Setiap permohonan yang dihantar hendaklah ditulis (CFS Gred Setara 1) di sebelah kiri sampul. Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini boleh menghubungi talian 04-9600600 dan permohonan yang telah lengkap diisi serta ditandatangani hendaklah dikemukakan ke alamat seperti di bawah:


Ketua Pegawai Eksekutif

Lembaga Pembangunan Langkawi

Tingkat 3, Kompleks LADA

Jalan Persiaran Putra

07000 Kuah, Langkawi

KEDAH DARUL AMAN

(u.p. Bahagian Sumber Manusia & Khidmat Pengurusan)


Tarikh tutup permohonan adalah pada 09 April 2026 (Khamis).


4. Permohonan Yang DITOLAK

Borang permohonan yang tidak lengkap seperti berikut tidak akan dipertimbangkan:

(i) Tidak disertakan gambar terbaru yang berukuran passport seperti ditetapkan;

(ii) Tidak disertakan salinan dokumen yang diperlukan seperti di para 2 (a);

(iii) Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;

(iv) Tidak menandatangani borang permohonan; dan

(v) Mengemukakan maklumat palsu.