Jawatan Kosong
Buat Resume +Submit Job

04 April 2026

Jawatan Kosong Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU)

Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU)

Jawatan Kosong Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU)

Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU)

Kuching, Sarawak

Email: xxxxxxxxxxx@gmail.com

Gaji: RM 1,650.00 - RM 6,620.00 sebulan

Taraf Jawatan: Kontrak

Tarikh Iklan: 7 April 2026

Tarikh Tutup: 6 April 2026 (Isnin)

Iklan jawatan kosong terkini di Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak berumur tidak kurang 21 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Kontrak di Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) sebagaimana berikut.


1. Penolong Pegawai Tadbir Gred N5 (Data Coordinator)


Tarikh tutup permohonan 06 April 2026 (Isnin).

Lokasi penempatan : DBKU Sarawak.

Sektor : Badan Berkanun


Jawatan: Penolong Pegawai Tadbir Gred N5 (Data Coordinator)

Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana

Taraf Jawatan : Kontrak

Jadual Gaji Min - Maks : RM1,650.00 - RM6,620.00


Syarat Lantikan

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(i) Sijil Teknologi Maklumat, Sijil Kejuruteraan dalam bidang Kejuruteraan Komputer atau sijil dalam bidang Prosesan Data yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(ii) Diploma Kemahiran Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(iii) Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

iv) Diploma Sains Komputer, Diploma Teknologi Maklumat atau Diploma Kejuruteraan dalam bidang Kejuruteraan Komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya

dan

(v) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Keutamaan

  • Memiliki kelayakan akademik sekurang-kurangnya Diploma dalam bidang Database Management Systems Technology / Data Management and Analytics / Data Science / Programming atau lain-lain bidang berkaitan.
  • Berpengalaman kerja minimum tiga (3) tahun dalam pengurusan data, mempunyai kemahiran SQL atau bidang berkaitan.


Cara Memohon

1. Calon yang berminat dan memenuhi syarat-syarat tersebut, adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan Kosong DBKU yang dilampirkan bersama dengan iklan dan syarat lantikan, sila muat turun pada pautan permohonan jawatan di bawah.

2. Sila kemukakan borang tersebut beserta surat permohonan kerja SAHAJA dengan menggunakan sampul surat bersaiz 4”x 9” kepada:


Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Dewan Bandaraya Kuching Utara

Tingkat 3, Bangunan DBKU

Bukit Siol, Jalan Semariang

Petra Jaya, 93050 Kuching


Tarikh Akhir Permohonan : 6 April 2026 (Isnin)


3. Pemohon daripada kakitangan kerajaan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing berserta dengan perkara berikut:-

a) Laporan Sulit (sekira berkenaan)

b) Laporan Penilaian Prestasi bagi tiga (3) tahun terakhir

c) Salinan Kenyataan Perkhidmatan


Catatan Am

(i) Permohonan yang berikut tidak akan dipertimbangkan :-

• tidak lengkap

• tidak memenuhi syarat - syarat kelayakan seperti yang ditetapkan dalam iklan ; dan

• diterima lewat daripada tarikh yang ditetapkan.

(ii) Hanya pemohon-pemohon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ujian fizikal, ujian bertulis, dan temuduga.

(iii) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah mengganggap permohonan mereka tidak berjaya.