Jawatan Kosong
Buat Resume +Submit Job

31 March 2026

Jawatan Kosong DBKL Mac 2026

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Jawatan Kosong DBKL Mac 2026

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Jalan Raja Laut, W.P Kuala Lumpur

Email: xxxxxxxxxxx@gmail.com

Gaji: RM 1,500.00 - RM 11,110.00 sebulan

Taraf Jawatan: Tetap / Kontrak

Tarikh Iklan: 31 Mac 2026

Tarikh Tutup: 25 Mac 2026 (Rabu)

Iklan jawatan kosong terkini di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Kontrak / Tetap di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebagaimana berikut.


1. Pegawai Teknologi Maklumat Gred F9

2. Pegawai Penguat Kuasa Gred KP9

3. Juruukur Bahan Gred J9

4. Pegawai Undang-Undang Gred L9

5. Penolong Pegawai Undang-Undang Gred L5

6. Penolong Pegawai Penilaian Gred W5

7. Pembantu Makmal Gred C1

8. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N1

9. Pembantu Penguat Kuasa Gred KP1

10. Pembantu Keselamatan Gred KP1


Tarikh tutup permohonan 25 Mac 2026 (Rabu).

Lokasi penempatan : DBKL Kuala Lumpur.

Sektor : Badan Berkanun


Cara Memohon

1. Calon-calon yang berminat serta berkelayakan hendaklah membuat permohonan secara ATAS TALIAN (ONLINE) SAHAJA dengan menggunakan Sistem Recruiting DBKL, sila kepautan butang permohonan jawatan di bawah.

2. Permohonan daripada pegawai dan kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hendaklah dikemukakan secara ATAS TALIAN (ONLINE) SAHAJA dengan menggunakan Modul Kerjaya di Employee Self Services (ESS).

3. Semakan pengiktirafan kelayakan sijil/ diploma/ ijazah sarjana muda/ ijazah sarjana boleh dibuat melalui laman web Agensi Kelayakan Malaysia.

4. Calon TIDAK PERLU MENGHANTAR salinan Ijazah, Diploma, SPM, SVM, SKM, Sijil-sijil atau resume bagi jawatan berkaitan sehingga dihubungi untuk temu duga.

5. Borang permohonan secara online yang tidak lengkap akan ditolak.

6. Hanya calon-calon yang layak selepas disenarai pendek sahaja akan dipanggil ke peringkat seterusnya.

7. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas ENAM (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah beranggapan bahawa permohonan tuan/puan tidak berjaya.

8. Tarikh tutup permohonan adalah pada 25 Mac 2026 (Rabu).