Jawatan Kosong
+Submit Job

26 March 2026

Jawatan Kosong Jabatan Perhutanan Negeri Pahang

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM)

Jawatan Kosong Jabatan Perhutanan Negeri Pahang

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM)

Kuantan, Pahang

Email: xxxxxxxxxxx@gmail.com

Gaji: RM1,900.00 - RM2,100.00

Taraf Jawatan: Personel MySTEP

Tarikh Iklan: 26 Mac 2026

Tarikh Tutup: 27 Mac 2026 (Jumaat)

Iklan jawatan kosong terkini di Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan Personel MySTEP di Jabatan Perhutanan Negeri Pahang sebagaimana berikut.


1. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) PT (P/O) Gred N1

Gaji : RM1,900 sebulan

Taraf Jawatan : Kontrak / Personel MySTEP

Tempoh : April 2026 sehingga Disember 2026

Kemudahan : Cuti rehat, cuti sakit, caruman KWSP dan Perkeso.


Tarikh tutup permohonan 27 Mac 2026 (Jumaat).

Lokasi penempatan : JPSM Pahang.

Sektor : Badan Berkanun


Syarat Lantikan

Calon-calon yang memohon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

a) Terdiri daripada warganegara Malaysia yang bermastautin di Pahang ;

b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan;

c) Bekelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

d) Kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

e) Pemohon yang sedang berkhidmat dengan mana-mana jabatan/agensi kerajaan hendaklah memohon melalui ketua jabatan masing-masing.


Cara Memohon

(a) Permohonan hendaklah mengemukakan RESUME yang dikemaskini;

(b) Semua permohonan hendaklah disertakan sekeping gambar terkini berukuran passport, Salinan Kad Pengenalan, Sijil Keputusan Peperiksaan, Sijil Tamat Persekolahan dan Sijl/Dokumen yang ada berkaitan dengan jawatan dipohon.

(c) Permohonan yang berikut AKAN DITOLAK:

i. Tidak disertakan dokumen yang diperlukan;

ii. Sijil/Dokumen tidak disahkan;

iii. Tidak Lengkap atau tidak terang;

iv. Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan; dan

v. Tidak ditandatangani.


Alamatkan Permohonan

Permohonan hendaklah dihantar ke alamat seperti dibawah pada atau sebelum 27 Mac 2026 (Jumaat), jam 12.00 tengahari. Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan Salinan Sijil-Sijil berkaitan yang telah disahkan. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima akan ditolak. Hanya permohonan yang layak sahaja akan dipanggil untuk temuduga.


Pengarah,

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang,

Tingkat 5, Kompleks Tun Razak,

Bandar Indera Mahkota,

25990 KUANTAN.

(u/p : Unit Sumber Manusia)


Catatan Am

i. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga;

ii. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas (1) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya; dan 

iii. Segala perbelanjaan berhubung dengan permohonan dan temuduga jawatan ini tidak akan ditanggung oleh Kerajaan.