Jawatan Kosong

25 February 2026

Jawatan Kosong Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS)

Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS)

Jawatan Kosong Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS)

Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS)

Shah Alam, Selangor

Email: xxxxxxxxxxx@gmail.com

Gaji: RM2,250.00 - RM11,110.00

Taraf Jawatan: Kontrak

Tarikh Iklan: 24 Februari 2026

Tarikh Tutup: 9 Mac 2026 (Isnin)

Iklan kekosongan jawatan terkini di Majlis Sukan Negeri Selangor (MSN Selangor) ambilan Mac 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia keutamaan diberikan kepada anak Negeri Selangor berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Kontrak di Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) sebagaimana berikut.


1. Jurutera Gred J9


Tarikh tutup permohonan 09 Mac 2026 (Isnin).

Lokais penempatan : MSN Selangor

Sektor : Badan Berkanun


Jawatan : Jurutera Gred J9

Taraf Jawatan : Kontrak (Contract of Service)

Bilangan Kekosongan : Satu (1)

Jadual Gaji Min - Maks : RM2,250.00 - RM11,110.00


Syarat Kelayakan

(i) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

(ii) Warganegara Malaysia dan

(iii) Kelahiran Negeri Selangor, atau ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Selangor, atau telah bermastautin di Negeri Selangor selama lebih 15 tahun serta mendapat pengesahan daripada Penghulu / JKKK.

(Surat pengesahan pemastautin hendaklah dilampirkan bersama Borang permohonan).


Syarat Lantikan


Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:


a) (i) Pemohon lahir di Negeri Selangor atau

(ii) Ibu atau bapa lahir di Negeri Selangor atau

(iii) Pemohon tidak lahir di Negeri Selangor tetapi telah menetap di Negeri Selangor melebihi 15 tahun dan

(iv) Pembuktian bagi mana-mana syarat di para (i), (ii) atau (iii) hendaklah dikemukakan melalui dokumen-dokumen yang sah di sisi undang-undang dan beban pembuktian terletak sepenuhnya kepada tanggungjawab pemohon sendiri.

b). Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

c). (i) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan

(ii) berdaftar sebagai Jurutera Siswazah dengan Lembaga Jurutera Malaysia.

[ Gaji Permulaan ialah pada Gred J9 : RM2,690.00 ]

d). Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Malayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

e) Sekurang-kurangnya mempunyai pengalaman bekerja selama tiga (3) tahun dalam bidang yang dipohon.


Deskripsi Tugas

Melaksanakan penyelenggaraan dan pembaikan ke atas bangunan dan kemudahan sukan yang berkaitan serta mengawasi aspek kejuruteraan.


Cara Memohon

(a) Semua permohonan hendaklah dibuat dengan memuat turun Borang Permohonan Jawatan yang boleh anda dapati dengan menekan butan permohonan di bawah.

(b) Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada

Majlis Sukan Negeri Selangor beserta dengan dokumen-dokumen sokongan seperti di perenggan (c) di bawah:

(c) Semua permohonan hendaklah disertakan sekeping gambar berukuran paspot, salinan kad pengenalan pemohon, ibu dan bapa serta sijil lahir, sijil-sijil akademik dan persekolahan serta lain-lain dokumen yang berkaitan.

(d) Sila tulis nama jawatan di sebelah atas kiri sampul surat.

(e) Semua salinan sijil hendaklah diakui sah.

(f) Permohonan yang berikut akan ditolak/tidak akan diproses jika:

- tidak disertai dengan dokumen yang diperlukan

- tidak lengkap atau tidak terang

- tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan

- tidak besertakan gambar dan

- tidak ditandatangani

(g) Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan bersama Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini.

(h) Permohonan daripada kakitangan awam yang sedang berkhidmat hendaklah mendapat sokongan dan pengesahan Ketua Jabatan.


(i) Permohonan hendaklah dialamatkan kepada :


Pengarah Eksekutif

Majlis Sukan Negeri Selangor

Aras 3, Kompleks Generasi Muda Dan Sukan Negeri Selangor,

Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7, Persiaran Kayangan,

40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.


Sebelum atau pada 9 Mac 2026 (Isnin) jam 4.00 petang.


(j) Hanya calon yang berkelayakan dan melepasi saringan yang dijalankan sahaja yang akan dipanggil temuduga.

(k) Pemohonan adalah dianggap TIDAK BERJAYA sekiranya tidak dihubungi dalam tempoh berikut:

- Selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup; atau

- Selepas 6 bulan dari tarikh temuduga

(sekiranya berjaya dipanggil temuduga)

(l) Sebarang pertanyaan bolehlah dibuat dengan menghubungi pihak Urus setia melalui telefon atau melalui email berikut:

- urusetia : 03-5870 0400

- email : admin@msnselangor.gov.my