Jawatan Kosong

13 February 2026

Jawatan Kosong Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM)

Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM)

Jawatan Kosong Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM)

Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM)

Tanah Merah, Kelantan

Gaji: RM1,650.00 - RM11,110.00

Taraf Jawatan: Tetap

Tarikh Iklan: 13 Februari 2026 (Jumaat)

Tarikh Tutup: 15 Februari 2026 (Ahad)

Iklan jawatan kosong terkini di Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) 2026. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia dan keutamaan diberikan kepada rakyat Negeri Kelantan berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Tetap / Kontrak di Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) sebagaimana berikut.


1. Pegawai Penilaian W9

2. Penolong Jurutera JA5

3. Personel MySTEP (setaraf SPM)


Tarikh tutup permohonan 15 Februari 2026 (Ahad).

Lokasi penempatan : MDTM Kelantan.

Sektor : Badan Berkanun


1. Pegawai Penilaian W9

Taraf Jawatan : Kontrak

Jadula Gaiji Min - Maks : RM2,250.00 - RM11,110.00

Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00


Syarat Lantikan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a. Warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklanjawatan.

b. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan masuk seperti berikut:

i. Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Harta Tanah yang diiktiraf oleh Kerajaan ataukelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; (Gaji permulaan ialah pada Gred W9: RM2,690.00) dan

ii. Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


2. Penolong Jurutera JA5

Taraf Jawatan : Tetap

Jadual Gaji Min - Maks : RM1,650.00 - RM6,620.00

Kenaikan Gai Tahunan : RM145.00


Syarat Lantikan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a. Warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

b. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan masuk seperti berikut:

i. Sijil Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred JA5: RM1,731.00); atau

ii. Diploma Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred JA5: RM2,055.00) dan

iii. Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


3. Personel MySTEP (setaraf SPM)

Taraf Jawatan : MySTEP

Kadar Upah : RM1,700.00 Sebulan

Kemudahan : Cuti rehat, cuti sakit, caruman KWSP dan caruman Perkeso.


Syarat Kelayakan

1) Warganegara Malaysia

2) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan

3) Memiliki kepujian sekurang-kurangnya gred C dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

4) Bebas daripada kesalahan dadah, rasuah, aktiviti haram atau aktiviti yang menyalahi undang-undang


Cara Memohon

a) Calon-calon yang berminat serta berkelayakan hendaklah membuat permohonan jawatan dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan yang boleh dimuat turun bersamam-sama dengan syarat-syarat kelayakan pada butang permohonan di bawah.

b) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil atau salinan keputusan peperiksaan bagi kelayakan yang disyaratkan, sijil kelahiran, Salinan kad pengenalan (depan dan belakang) yang telah disahkan dan sekeping gambar berukuran pasport.

c) Borang permohonan yang tidak lengkap diisi atau tidak terang, tidak disertakan dengan dokumen – dokumen yang diperlukan, tidak mematuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan atau tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai yang sedang berkhidmat dan tidak ditandatangani akan ditolak dan tidak akan diproses.


Permohonan hendaklah dialamatkan kepada :


YABRS. YANG DIPERTUA

MAJLIS DAERAH TANAH MERAH

17500 TANAH MERAH

KELANTAN


Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 Februari 2026 (Ahad).