All Labels
  • All Labels
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Pahang
  • Pelbagai Negeri
  • Perak
  • Putrajaya
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Seluruh Malaysia

Jawatan Kosong Jabatan Digital Negara 2024

Jobs Overview

  • Taraf Tetap
  • Gaji RM2,315.00 - RM9,618.00
  • Dikemaskini pada
  • Tarikh tutup November 18, 2024
  • Lokasi penempatan Seluruh Malaysia

Jobs Detail

Jawatan kosong terkini di Jabatan Digital Negara 2024. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Digital Negara sebagaimana berikut.

1. Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41

Tarikh tutup permohonan 18 November 2024 (Isnin).
Lokasi penempatan : Seluruh Malaysia
Sektor : Badan Berkanun/ Kerajaan

Jawatan Kosong Jabatan Digital Negara 2024

1. Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41
Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
Jadual Gaji Min - Maks : RM2,315.00 - RM9,618.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00

Syarat Lantikan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) (i) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat, kejuruteraan komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denggannya.
(Gaji Permulaan pada Gred F41 : RM2,315.00); atau
(ii) ijazah sarjana dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat, kejuruteraan komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred F41 : RM2,833.78); atau
(iii) ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat, kejuruteraan komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred F41 : RM3,145.11).

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Memohon

Calon yang berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan hendaklah memohon secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9), sila klik pada pautan yang diberikan di bawah. Calon yang telah mendaftar permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan. Walaubagaimanapun, calon perlu memastikan pusat temuduga terdekat dikemaskini pada atau sebelum tarikh tutup iklan. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan sahaja akan diproses. Tarikh tutup permohonan bagi urusan pengambilan ini adalah sebelum atau pada 18 November 2024 (Isnin), jam 11.59 malam.

Permohonan serta kemaskini jawatan secara online disini

Post a Comment