Jawatan Kosong Jabatan Audit Negara 2024
Jobs Overview
- Taraf Tetap
- Gaji RM2,094.00 - RM9,585.00
- Dikemaskini pada
- Tarikh tutup November 18, 2024
- Lokasi penempatan Seluruh Malaysia
Jobs Detail
Jawatan kosong terkini di Jabatan Audit Negara 2024. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Malaysia Jabatan Audit Negara sebagaimana berikut.1. Juruaudit Gred W41
Tarikh tutup permohonan 18 November 2024 (Isnin).
Lokasi penempatan : Seluruh Malaysia
Sektor : Badan Berkanun
Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
Jadual Gaji Min - Maks : RM2,094.00 - RM9,585.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00
Syarat Lantikan
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) (i) ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred W41 : RM2,300.73); atau
(ii) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred W41 : RM2,819.63); atau
(iii) Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji Permulaan pada Gred W41 : RM2,819.63); atau
(iv) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji Permulaan pada Gred W41 : RM2,923.41); atau
(v) Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W41:RM3,027.19)
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
Cara Memohon
Calon yang berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan hendaklah memohon secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9), sila klik pada pautan yang diberikan di bawah. Calon yang telah mendaftar permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan. Walaubagaimanapun, calon perlu memastikan pusat temuduga terdekat dikemaskini pada atau sebelum tarikh tutup iklan. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan sahaja akan diproses. Tarikh tutup permohonan bagi urusan pengambilan ini adalah sebelum atau pada 18 November 2024 (Isnin), jam 11.59 malam.
Permohonan serta kemaskini jawatan secara online disini
Post a Comment