All Labels
  • All Labels
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Pahang
  • Pelbagai Negeri
  • Perak
  • Putrajaya
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Seluruh Malaysia

Jawatan Kosong Jabatan Alam Sekitar (JAS)

Jobs Overview

  • Taraf Kontrak/ Tetap
  • Gaji RM1,505.00 - RM5,696.00
  • Dikemaskini pada 
  • Tarikh tutup November 21, 2024
  • Lokasi penempatan Seluruh Malaysia

Jobs Detail

Jawatan kosong terkini di Jabatan Alam Sekitar (JAS) 2024. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Alam Sekitar (JAS) sebagaimana berikut.

1. Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar Gred C29
Kekosongan : 16 Simpanan : 90

Tarikh tutup permohonan 21 November 2024 (Khamis).
Lokasi penempatan : Seluruh Malaysia
Sektor : Badan Berkanun

Jawatan Kosong Jabatan Alam Sekitar (JAS) 2024

1. Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar Gred C29
Kumpulan : Pelaksana
Jadual Gaji Min - Maks : RM1,505.00 - RM5,696.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM145.00

Syarat Kelayakan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a. Warganegara Malaysia;

b. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

c. (i) Diploma dalam bidang mikrobiologi, kimia industri, kejuruteraan awam, mekanikal, alam sekitar atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred C29 : RM1,858.12)

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Cara Memohon

Calon yang berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan hendaklah memohon secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9), sila klik pada pautan yang diberikan di bawah. Calon yang telah mendaftar permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan. Walaubagaimanapun, calon perlu memastikan pusat temuduga terdekat dikemaskini pada atau sebelum tarikh tutup iklan. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan sahaja akan diproses. Tarikh tutup permohonan bagi urusan pengambilan ini adalah sebelum atau pada 21 November 2024 (Khamis), jam 11.59 malam.

Permohonan serta kemaskini jawatan secara online disini

Post a Comment